Saturday, 13 February 2016

RENUNGAN UNTUK ANGGOTA KESELAMATAN - TENTERA



Anak : Ayah, boleh adik tanya satu soalan?
 

Ayah : Boleh, apa dia?
 

Anak : Ayah, berapa gaji ayah sejam?
 

Ayah : Kenapa adik tanya?
 

Anak : Saja adik nak tahu... Berapa ayah?

Ayah : Gaji ayah RM 100 sejam.

Anak : Oh! (Sambil menundukkan kepala).... Ayah, boleh adik pinjam RM50?
 

Si ayah pun berasa geram...

Ayah : Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga.


Anaknya pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.


Si ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
 

Selang sejam kemudian, Si ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya: Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagi pun bukan selalu juga adik meminta duit. Si ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

Ayah : Adik, adik dah tidur?
 

Anak : Tidak ayah, masih bangun lagi ni.
 

Ayah : Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta...

Anaknya pun berasa sangat gembira...


Anak : Oh, terima kasih ayah!


Selepas itu, anaknya pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Si ayah yang melihat anaknya sudah pun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Anaknya pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...


Ayah : Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?
 

Anak : Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup... Ayah, adik ada RM100 sekarang. (sambil menghulurkan wang itu kepada Si ayah...)

Ayah : (Terkedu...)

Anak : BOLEH ADIK MEMBELI SEJAM DARI MASA AYAH? AYAH PULANGLAH AWAL KE RUMAH ESOK. ADIK TERINGIN SANGAT NAK MAKAN MALAM DENGAN AYAH...

Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.
Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat. Kita seharusnya ingat bahawa mereka sangat memerlukan kita. Tapi apakan daya, tugas membataskan segalanya...


Inilah nasib anak isteri anggota TENTERA

No comments:

Post a Comment